Top Social

My Sweet Story's

Assalamualaikum..Nama saya Hebatalla..Panggil sahaja Heba..Saya ingin menjadi "Novelistar" InSya Allah =) Kalau sudah baca post saya commentlah apa-apa, Sekian terima kasih =)

Bab 1

Saturday 25 May 2013
 Bab 1

m/s 1

m/s 2

-m/s 3 - coming soon

-m/s

-m/s

Super TwinSister-Bab1-m/s 3

Saturday 11 May 2013
"Kring!Kring!Kring!" bunyi jam loceng Liyya berbunyi menandakan sudah pukul 5:00 pagi. Liyya menguap sambil berkata. "Huarghh,sudah pagi ?Tidak dapatlah hendak sambung mimpi tadi." Liyya segera ke bilik mandi dan bersiap sedia untuk kesekolahnya. Hari ini hari Isnin.Setiap hari Isnin akan ada perhimpunan rasmi di dewan Sekolah Seri D'wana. Perhimpunan dimana cikgu-cikgu tertentu akan memberikan ucapan yang panjang berjela-jela. Sudahlah terpaksa berhimpit-himpit. Kipas pula hanya ada beberapa pasang. Alangkah bagusnya jika kipas digantikan dengan aircond .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hai Mira, kenapa awak lewat datang ke sekolah?" soal Dinie Alya kepada Mira. Dinie Alya ialah sahabat karib Aramira sejak kecil lagi. Seluruh Sekolah Seri D'wana mengetahui yang mereka berdua ialah sahabat karib yang tidak pernah rengang. Warna kegemaran mereka ungu. Hampir semua barang mereka berwarna ungu. Sudahlah mereka pustakawan sekolah. Baju seragam pun berwarna ungu. Hadoi, nasib baik muka bukan berwarna ungu. "Meera punya pasallah, boleh pulak dia tidur dalam tandas. Patutlah orang tunggu lama. Waktu ketuk pintu tandas baru dia terbangun." jawab Mira yang membuat muka selamba. "Oh, marilah pergi beratur. Hashimah sudah datang. Nanti kita berdua kena denda mengutip sampah pula." Dinie menarik tangan Mira ke barisan mereka di perhimpunan. Guru besar Sekolah Seri D'wana juga sudah mahu memulakan ucapannya.

   "Assalamualaikum semua. Hari ini saya tidak mahu bercakap banyak kerana tekak saya sakit. Perkara yang ingin saya beritahu ialah minggu ini ada pertandingan mendekorasi kek cawan. Jika ingin mendaftar, boleh memberi nama dan kelas kepada Cikgu Ayu Rohana. Pertandingan ini berlangsung pada hari Jumaat ini, jadi saya harap sesiapa yang ingin menyertainya sila berlatih mendekorasi kek cawan. Pihak sekolah akan menyediakan kek cawan.Peserta hanya perlu membawa bahan hiasan dan topping. Pertandingan ini secara berpasangan.Hadiah untuk johan ialah RM500 . Bagi naib johan pula ialah RM250. Tempat ketiga pula akan menerima RM100 . Sekian terima kasih." ucapan Puan Hajah Afifaah selaku Guru Besar Sekolah Seri D'wana. Perhimpunan riuh-rendah dengan bunyi murid-murid. 
   Ada yang bercakap mengenai apa yang akan dibelinya dengan menggunakan duit hadiah, ada yang bercakap mengenai kehandalannya mendekorasikan kek cawan, ada juga yang membayangkan kek cawan yang sedap itu. "Dinie, apakata kita berpasangan menyertai pertandingan ini. Kalah tidak mengapa, yang penting mencuba." pujuk Mira kepada Dinie. "Baiklah. Lagipun ibu saya pandai menghias kek cawan. Kita boleh melihat caranya menghias kek cawan." jawab Dinie. Setelah setengah jam, perhimpunan pun bersurai. Semua murid beratur untuk memasuki kelas masing-masing .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Liyya hendak memasuki pertandingan mendekor kek cawan? Liyya jadi pasangan kakak iya." dengan ala manja Meera memujuk adiknya. "Okey, tapi kakak yang kena beli bahan ya." jawab Araliyya. Arameera hanya mengangguk. 'Ada ada sajalah adikku ini.' kata Arameera dalam hatinya.


Super TwinSister-Bab1-M/s 2

Friday 10 May 2013


"Hmm...Bagaimanakah cara untuk mencari pemandu yang cekap?" fikir Liyya sendiri."Hah! Buat apa itu? Dah sampai London ke?" sergah Mira. "Tidaklah kak, Liyya tengah fikirkan macamana hendak mencari pemandu yang cekap." kata Liyya sambil menjeling kakaknya itu.Kakaknya yang dapat menangkap jelingan Liyya terus menjelingnya semula. "Senang sahaja hendak mencari pemandu yang cekap,pantas, dan jujur.Sekarang kan sudah zaman moden.Semua benda ada di hujung jari." sambil menunjukkan jari-jarinya ke hadapan Liyya yang terpinga-pinga. "Oh,yalah.Boleh tidak kakak Mira carikan pemandu? Liyya tidak seberapa tahu tentang internet." dengan gaya manjanya Liyya berkata kepada kakaknya. "Hmm...Iyalah." jawab Mira pendek.

   Mira segera menuju ke komputer ribanya yang berwarna biru lalu melayari internet. Beberapa minit kemudian Mira berkata kepada Liyya. "Liyya, susahlah kakak hendak mencari pemandu, kalau nak cari kenalah minta mama yang tolong carikan." "Tidak mengapalah kakak, nanti Liyya minta mama carikan pemandu." jawab Liyya pendek.

   "Hah, bincang tidak ajak.Huh " sergah Meera sambil melompat kearah Liyya. "O mak kau aku comel." telatah Liyya. "Ishh,janganlah sergah.Nasib baik jantung tidak tercabut." marah Liyya kepada Meera sambil memuncungkan mulutnya seperti mulut Angelina Jolie. "Ampun tuanku, patik meminta maaf. Tuanku inginkan apa-apa?" usik Meera. "Berikan beta segugus anggur dengan segera." lagak Liyya apabila diusik oleh kakaknya. "Titah dijunjung, tuanku." jawab Meera pula. "Amboi, sempat berdrama pula sekarang." Mira menepuk dahinya. "Alamak! Sudah pukul 7 malam pula.Lupa pula hendak mandi." Araliyya segera menuju ke tandas. Mira berkata "Patutlah busuk semacam." Mira dan Meera ketawa bersama-sama. "Oii... Liyya dengarlah." dari tandas Liyya berkata. Mira dan Meera pun meneruskan ketawanya. Malah lebih besar suara ketawa mereka. Selepas sesi ketawa, mereka berdua memasuki bilik masing-masing.




Super Twinsister~Bab 1 m/s1

Thursday 9 May 2013




Araliyya mengerling kearah jam tangannya. "Manalah mama ini.Sibuk kerja sahaja sampai lupa nak ambil anak di sekolah." Rungut Araliyya.Ibu Araliyya bernama Datin Arahaina.Ibunya selalu sahaja lambat mengambil anak kesayangannya iaitu Araliyya dan anak kembarnya Aramira dan Arameera. Beberapa minit kemudian Araliyya ternampak kereta ibunya ke perkarangan sekolah.Araliyya terus memasuki kereta itu. "Ibu ini selalu lambat ambil Liyya.Hampir setengah jam Liyya tunggu di perhentian bas.Kalau ada apa-apa yang terjadi, hendak salahkan siapa?" Ngomel Araliyya kepada ibunya. "Maafkan mama iya.Mama tadi ada mesyuarat di pejabat.Esok Mama tiada mesyuarat,mama janji akan mengambil Araliyya tepat pada masanya.""Baiklah, Liyya maafkan.Mama sudah ke sekolah kakak Mira dan kakak Meera? Harini sekolah mereka ada perjumpaan guru bersama ibu bapa." Kata Araliyya. "Astaghfirullahalazim, mama terlupa." Jawab Datin Arahaina. Ibu Araliyya terus memandu ke sekolah kak kembar Araliyya.

Beberapa jam kemudian Araliyya,Aramira, dan Arameera sampai ke rumah tercinta. "Mama ini selalu lambat ambil kita bertiga kan?" Kata Aramira. "Betul tu." Jawab Araliyya pendek.Arameera mempunya idea. "Apakata kita pujuk mama supaya mengupah pemandu." "Betullah jom." Mereka pun pergi memujuk Datin Arahaina supaya mengupah pemandu.Akhirnya Datin Arahaina setuju.Mereka bertiga sangat gembira.Rancangan mereka telah berjaya.Tanpa disedari oleh mereka, seorang lelaki yang agak berumur sedang mengintip mereka.


Sipnosis~Super Twinsister





Sipnosis = Twin Supersister

Araliyya,nama yang unik bagi semua orang.Dia mempunyai dua kakak kembar yang barnama Aramira dan Arameera.Mereka dijaga oleh seorang ibu janda.Tanpa diketahui,sebenarnya keluarga mereka mempunyai keturunan "Raja Mahmud".Raja Mahmud memerintah di satu negeri bunian .Dia juga mempunyai kuasa yang diberikan oleh Neneknya.Pada suatu hari, Raja Mahmud dan isterinya disihir oleh ahli nujum yang jahat, dia mengambil pemerintahan Raja Mahmud .Kuasa Raja Mahmud telah hilang.Tetapi bayi yang ada didalam perut isteri Raja Mahmud masih mempunyai sedikit kuasa.Raja Mahmud dan isterinya dibunuh .Bayinya diselamatkan oleh seorang pemuda dan dibawa ke bumi.Bermulalah kehidupan neneknya dan pemuda itu dalam keadaan serba sederhana di bumi .

   Selepas kuasa itu diturunkan ke ibu mereka bertiga, turunlah kuasa itu ke Arameera dan Aramira.Araliyya tidak mendapat kuasa kerana dia masih dibawah umur."Dengan kemahiran menjahit mama,mama menjahit satu kostum heroin untuk kamu bertiga dengan cantik dan kemas.Dihias dengan manik-manik labuci ungu dan kristal ungu yang cantik,ditambah pula dengan renda ungu ianya menjadi kostum serba ungu yang cantik! " kata Datin Arahaina iaitu ibu kepada Araliyya,Arameera dan Aramira.Mereka bertiga semakin teruja.Tidak sabar rasanya ingin membanteras jenayah yang ada disekitar Seri D'wana.

Mampukah mereka membanteras jenayah?
Adakah mereka mempunyai musuh?
Bolehkah mereka melakukan kerja dengan baik?

Semua itu akan terjawab dalam buku novel Hebatalla Kamaluddin =)

KEEP SMILE =)