Top Social

Assalamualaikum..Nama saya Hebatalla..Panggil sahaja Heba..Saya ingin menjadi "Novelistar" InSya Allah =) Kalau sudah baca post saya commentlah apa-apa, Sekian terima kasih =)

Super Twinsister~Bab 1 m/s1

Thursday, 9 May 2013




Araliyya mengerling kearah jam tangannya. "Manalah mama ini.Sibuk kerja sahaja sampai lupa nak ambil anak di sekolah." Rungut Araliyya.Ibu Araliyya bernama Datin Arahaina.Ibunya selalu sahaja lambat mengambil anak kesayangannya iaitu Araliyya dan anak kembarnya Aramira dan Arameera. Beberapa minit kemudian Araliyya ternampak kereta ibunya ke perkarangan sekolah.Araliyya terus memasuki kereta itu. "Ibu ini selalu lambat ambil Liyya.Hampir setengah jam Liyya tunggu di perhentian bas.Kalau ada apa-apa yang terjadi, hendak salahkan siapa?" Ngomel Araliyya kepada ibunya. "Maafkan mama iya.Mama tadi ada mesyuarat di pejabat.Esok Mama tiada mesyuarat,mama janji akan mengambil Araliyya tepat pada masanya.""Baiklah, Liyya maafkan.Mama sudah ke sekolah kakak Mira dan kakak Meera? Harini sekolah mereka ada perjumpaan guru bersama ibu bapa." Kata Araliyya. "Astaghfirullahalazim, mama terlupa." Jawab Datin Arahaina. Ibu Araliyya terus memandu ke sekolah kak kembar Araliyya.

Beberapa jam kemudian Araliyya,Aramira, dan Arameera sampai ke rumah tercinta. "Mama ini selalu lambat ambil kita bertiga kan?" Kata Aramira. "Betul tu." Jawab Araliyya pendek.Arameera mempunya idea. "Apakata kita pujuk mama supaya mengupah pemandu." "Betullah jom." Mereka pun pergi memujuk Datin Arahaina supaya mengupah pemandu.Akhirnya Datin Arahaina setuju.Mereka bertiga sangat gembira.Rancangan mereka telah berjaya.Tanpa disedari oleh mereka, seorang lelaki yang agak berumur sedang mengintip mereka.


Post Comment
Post a Comment