Top Social

Assalamualaikum..Nama saya Hebatalla..Panggil sahaja Heba..Saya ingin menjadi "Novelistar" InSya Allah =) Kalau sudah baca post saya commentlah apa-apa, Sekian terima kasih =)

Super TwinSister-Bab1-m/s 3

Saturday 11 May 2013
"Kring!Kring!Kring!" bunyi jam loceng Liyya berbunyi menandakan sudah pukul 5:00 pagi. Liyya menguap sambil berkata. "Huarghh,sudah pagi ?Tidak dapatlah hendak sambung mimpi tadi." Liyya segera ke bilik mandi dan bersiap sedia untuk kesekolahnya. Hari ini hari Isnin.Setiap hari Isnin akan ada perhimpunan rasmi di dewan Sekolah Seri D'wana. Perhimpunan dimana cikgu-cikgu tertentu akan memberikan ucapan yang panjang berjela-jela. Sudahlah terpaksa berhimpit-himpit. Kipas pula hanya ada beberapa pasang. Alangkah bagusnya jika kipas digantikan dengan aircond .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hai Mira, kenapa awak lewat datang ke sekolah?" soal Dinie Alya kepada Mira. Dinie Alya ialah sahabat karib Aramira sejak kecil lagi. Seluruh Sekolah Seri D'wana mengetahui yang mereka berdua ialah sahabat karib yang tidak pernah rengang. Warna kegemaran mereka ungu. Hampir semua barang mereka berwarna ungu. Sudahlah mereka pustakawan sekolah. Baju seragam pun berwarna ungu. Hadoi, nasib baik muka bukan berwarna ungu. "Meera punya pasallah, boleh pulak dia tidur dalam tandas. Patutlah orang tunggu lama. Waktu ketuk pintu tandas baru dia terbangun." jawab Mira yang membuat muka selamba. "Oh, marilah pergi beratur. Hashimah sudah datang. Nanti kita berdua kena denda mengutip sampah pula." Dinie menarik tangan Mira ke barisan mereka di perhimpunan. Guru besar Sekolah Seri D'wana juga sudah mahu memulakan ucapannya.

   "Assalamualaikum semua. Hari ini saya tidak mahu bercakap banyak kerana tekak saya sakit. Perkara yang ingin saya beritahu ialah minggu ini ada pertandingan mendekorasi kek cawan. Jika ingin mendaftar, boleh memberi nama dan kelas kepada Cikgu Ayu Rohana. Pertandingan ini berlangsung pada hari Jumaat ini, jadi saya harap sesiapa yang ingin menyertainya sila berlatih mendekorasi kek cawan. Pihak sekolah akan menyediakan kek cawan.Peserta hanya perlu membawa bahan hiasan dan topping. Pertandingan ini secara berpasangan.Hadiah untuk johan ialah RM500 . Bagi naib johan pula ialah RM250. Tempat ketiga pula akan menerima RM100 . Sekian terima kasih." ucapan Puan Hajah Afifaah selaku Guru Besar Sekolah Seri D'wana. Perhimpunan riuh-rendah dengan bunyi murid-murid. 
   Ada yang bercakap mengenai apa yang akan dibelinya dengan menggunakan duit hadiah, ada yang bercakap mengenai kehandalannya mendekorasikan kek cawan, ada juga yang membayangkan kek cawan yang sedap itu. "Dinie, apakata kita berpasangan menyertai pertandingan ini. Kalah tidak mengapa, yang penting mencuba." pujuk Mira kepada Dinie. "Baiklah. Lagipun ibu saya pandai menghias kek cawan. Kita boleh melihat caranya menghias kek cawan." jawab Dinie. Setelah setengah jam, perhimpunan pun bersurai. Semua murid beratur untuk memasuki kelas masing-masing .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Liyya hendak memasuki pertandingan mendekor kek cawan? Liyya jadi pasangan kakak iya." dengan ala manja Meera memujuk adiknya. "Okey, tapi kakak yang kena beli bahan ya." jawab Araliyya. Arameera hanya mengangguk. 'Ada ada sajalah adikku ini.' kata Arameera dalam hatinya.


Post Comment
Post a Comment