"Hmm...Bagaimanakah cara untuk mencari pemandu yang cekap?" fikir Liyya sendiri."Hah! Buat apa itu? Dah sampai London ke?" sergah Mira. "Tidaklah kak, Liyya tengah fikirkan macamana hendak mencari pemandu yang cekap." kata Liyya sambil menjeling kakaknya itu.Kakaknya yang dapat menangkap jelingan Liyya terus menjelingnya semula. "Senang sahaja hendak mencari pemandu yang cekap,pantas, dan jujur.Sekarang kan sudah zaman moden.Semua benda ada di hujung jari." sambil menunjukkan jari-jarinya ke hadapan Liyya yang terpinga-pinga. "Oh,yalah.Boleh tidak kakak Mira carikan pemandu? Liyya tidak seberapa tahu tentang internet." dengan gaya manjanya Liyya berkata kepada kakaknya. "Hmm...Iyalah." jawab Mira pendek.
Mira segera menuju ke komputer ribanya yang berwarna biru lalu melayari internet. Beberapa minit kemudian Mira berkata kepada Liyya. "Liyya, susahlah kakak hendak mencari pemandu, kalau nak cari kenalah minta mama yang tolong carikan." "Tidak mengapalah kakak, nanti Liyya minta mama carikan pemandu." jawab Liyya pendek.
"Hah, bincang tidak ajak.Huh " sergah Meera sambil melompat kearah Liyya. "O mak kau aku comel." telatah Liyya. "Ishh,janganlah sergah.Nasib baik jantung tidak tercabut." marah Liyya kepada Meera sambil memuncungkan mulutnya seperti mulut Angelina Jolie. "Ampun tuanku, patik meminta maaf. Tuanku inginkan apa-apa?" usik Meera. "Berikan beta segugus anggur dengan segera." lagak Liyya apabila diusik oleh kakaknya. "Titah dijunjung, tuanku." jawab Meera pula. "Amboi, sempat berdrama pula sekarang." Mira menepuk dahinya. "Alamak! Sudah pukul 7 malam pula.Lupa pula hendak mandi." Araliyya segera menuju ke tandas. Mira berkata "Patutlah busuk semacam." Mira dan Meera ketawa bersama-sama. "Oii... Liyya dengarlah." dari tandas Liyya berkata. Mira dan Meera pun meneruskan ketawanya. Malah lebih besar suara ketawa mereka. Selepas sesi ketawa, mereka berdua memasuki bilik masing-masing.
Post Comment
Post a Comment